Isnin, 14 Disember 2015

warkah untuk che

sudah seminggu lebih che (ibu) pergi mengadap Ilahi. diri ini rasa kosong je. sayangnya org pada che hingga akhir hayat. maafkan org sekiranya pernah melukakan hati che. org tahu mesti che gembira di sana dapat berjumpa semula dengan abah dan abg kamal.....kirim salam yea che kat dorang. kita berpisah hanya sementara, insyaallah org akan menyusul jumpa che, abah, abg kamal di jannah nanti. org rindu che sgt2 ni.....biasanya org sembang ngan che dlm telefon mengadu masalah tp sekarang org dh hilang tempat mengadu.....selama ni org berusaha utk membahagiakan che, segala2nya yg org lakukan hanyalah utk che. org nak lihat che bahagia. bila che tersenyum org rasa puas. lepas ni org x dpt lg melihat senyuman che tu.....ya Allah hadirkanlah che dlm mimpi org walaupun seketika.....org rindu nk menatap wajah che. org doakan che tenang di sana ok. 


salam syg dr anak bongsumu,
 ADIK WAN

baru berjinak

baru terbuka hati untuk menulis dalam blog......untuk berkongsi hasil nukilan hati drp anak seni merangkap pendidik berjiwa kental.......gittewwwwww